ROSSI DISCOVERS BRAKE SETUP

Seperti sedia maklum,

musim 2013 menyaksikan Rossi kembali ke pasukan Yamaha, setelah gagal memajukan Ducati itu untuk menjadikan jentera itu jentera podium, seperti apa yang dilakukan semasa berpindah dari Honda ke Yamaha dulu.

 

tapi dengan pasukan baru pun ‘THE DOCTOR’ ini nampaknya masih gagal meraih kemenangan, hatta podium pun, hanya sekali di Qatar itupun tempat ke-2 di belakang teman sepasukan Lorenzo.

 

Lepas Catalunya GP minggu lepas, pasukan motogp melakukan ujian rasmi di litar Aragon.

 

di sesi ujian inilah Rossi mendedahkan telah dapat improve braking settings pada M1 tu, yang membolehkannya memberhentikan dan mengawal M1 itu seperti yang dia mahu. Tapi ujian selama beberapa hari tu, Rossi bukan penunggang terpantas.

 

Rossi sudah hilang sengat?

 

aku memang peminat kipas susah mati Rossi dulu, sebab attitude dia yang sentiasa enjoy racing dan berusaha, motivated untuk menang. rider lain selalunya lebih bising pasal setup motor yang tak pernah ngam, tapi Rossi lebih kepada ‘give me a bike, i’ll work it out’.

 

dan sebab itulah dia berpindah dari Honda ke Yamaha dulu, kerana tak bersetuju dengan Honda yang menganggap faktor jentera semata mata untuk menjuarai GP.

 

Dia berpindah dari RCV211V yang merupakan jentera terbaik yang terbukti masa itu, kepada pasukan Yamaha yang telah hampir 7 tahun tidak menjuarai GP.

 

Motivasi Rossi sangat jelas, dengan menjuarai motoGP pada tahun pertama bersama M1 itu, dan membuktikan Honda salah.

 

Tetapi perpindahan masuk Ducati ialah totally different. Nampak seperti dia pindah kerana teman sepasukan lebih menyerlah dalam Yamaha.

 

Tak cukup dengan itu, Rossi dan pengurus peribadi juga dengan kereknye mengeluarkan statement masalah Ducati yang tak dapat diselesaikan itu akan dapat mereka selesaikan dalam 15 minit sahaja.

 

well, akhirnya sampi kesudah jentera itu masih di takuk lama sampai lah kembali ke Yamaha. 2 kali malu, 1 malu dengan statement tadi dan Stoner yang boleh memacu Ducati itu untuk menang, dan malu kene kembali semula ke Yamaha.

 

secara tak langsung, psikologinya mungkin dah berubah, dari seorang yang sentiasa workout diri untuk suits bike, dia dah jadi macam rider biasa yang setup bike to suit rider.

 

ini pendapat peribadi saje, peminat diehard Rossi jangan la melenting pulak. aku sendiri masih minat pada Rossi. He’s a genius in motorcycle racing. entertaining rider and full of skills under his bag.

 

Doktor untuk pelumba motoGP, Dr. Costa pernah buat ujian heart rate semasa racing. alat diletak pada Rossi dan Biaggi. Heart rate Biaggi tinggi semasa perlumbaan, normal kerana sedang fokus dan berusaha untuk menang. tetapi heart rate Rossi rendah sahaja, sama dengan kadar jantung kanak-kanak yang sedang bermain, menunjukkan dia menunggang secara semulajadi, dan berseronok semasa berlumba. itu kunci kejayaan Rossi selama ini.

 

If Rossi can get back to that condition, konpom dia boleh menang.