ALPINESTARS SUPERTECH R

beauuutiful boots aren't they?

Sampai ke hari ini, macam masih tak percaya saya dapat pakai kasut ni. Model ini ialah high end model untuk kategori racing boots dari Alpinestars. Tak percaye? tengok je grid motoGP dan World Superbike…lebih dari separuh guna but ini…bangge sungguh rasa..haha

Saya dapat bargain masa beli but ini. Owner nak jual cepat jadi setuju dijual pada harga RM500 sahaje!…smapai arini masih terasa-rasa lagi untungnya dapat beli semurah ini. Harga baru ialah samting nearly 2k kalau tak silap.

So whats good about this boot eh?…model supertech ini ialah model terbaru. Sama seperti model-model sebelum ini, bahagian luar nampak ringkas sahaja tanpa banyak ciri perlindungan kecuali shin area plastik itu. Boot lain selalunya mempunyai pelbagai feature pada luaran.  Supertech ini direka dengan sistem perlindungan di bahagian dalamnya. Ada sarung lagi disebalik luaran yang anda nampak itu..sile rujuk gambar bawah…

The inner protection of Supertech R. Trust me they saved alots of GP rider's ankles..haha

See? protection systemnya direka supaya kaki kita tidak akan bergerak secara pulasan. kaki kita tk di reka untuk dipulas yea…kalau sudah kena habislah kene MC keje 3-4 bulan. Sakit pun toksah kata la, tulang temulang hancur kan….well, they do say racers are crazy 🙂

Sebab tu lah ada alpinestars ini untuk mngatasi ke’crazy’an itu. Kelemahan sistem perlindungan menyeluruh supertech ini ialah kelecehan memakinya. Dibandingkan dengan jenama lain yang tinggal sarung dan zip saja, atau adjustment sikit-sikit, supertech ini agak leceh..mula-mula kena ketatkan kasut dalam dulu, lepas tu baru zip luarnya dan ketatkan shin guard. Tapi selepas siap pasang, ada rasa konfiden sikit sebab memang terasa kaki tu macam robot, sebab axis-axis gerakan yang tidak diperlukan semasa perlumbaan  dah dikekang. Jalan pun terkedek-kedek macam itik..haha

Satu lagi feature yang saya suka pada supertech ini ialah rupanya yang cantik. Sinonim dengan apparel dari alpinestars yang gerenti cantik, dan mahal juga 😛

Jika anda berkira-kira nak menyambar but ini, bolehlah bajet-bajet dalam RM1500-1700 macam itu untuk sepasang set baru.  Secondhand mungkin boleh dapat dalam RM700-900. Anda takkan menyesal jika memilih but ini sebagai kelengkapan, takkan pilihan hampir separuh grid pelumba bertaraf dunia tk best kottt…