SUZUKI IS BACK

aku lupa password blog ni masa nak post entry ni, menunjukkan betapa sawangnya blog ni tk dijengah aku. haha

ok, back to topic.

peminat suzuki sekarang mungkin tengah tersenyum lebar. Suzuki telah mula testing secara mainstream selepas GP spain minggu lepas. Tester untuk motor baru itu ialah test rider tetap Suzuki, Nobuatsu Aoki, dan current CRT rider Randy De Puniet.

Suzuki menghentikan aktiviti GP mereka pada penutuo musim 2011 kerana masalah kewangan, mengikut jejak langkah Kawasaki yang dah angkat kaki awal-awal lagi. Penarikan diri dari mereka itu di sertakan dengan kenyataan mereka akan kembali lagi pada arena GP pada musim 2015. Rider yang dipilih pun belum ada apa-apa official.

Untuk setakat ini, Suzuki belum lagi mengumumkan apa-apa kenyataan official bila akan menyertai GP semula, walaupun rata-rata pendapat pemerhati motoGP berpendapat, ujian demi ujian yang dilakukan secara mainstream dan lengkapnya motosikal baru mereka ini, adalah tanda mereka mungkin akan kembali pada musim depan (2014).

Motosikal serba baru ini kini dibina dengan enjin 4 silinder sebaris, berbanding v4 pada GSV-R terakhir pada tahun 2011 dulu. Bentuk ade sikit-sikit inherit dari GSV-R yang dahulu, tapi dengan cat scheme baru.

the 2011 Alvauro Bautista GSV-Rthe latest suzuki

physically it looks smaller a bit, and a little Ducati’s Desmo front section.

With the amount of bikes on motoGP grid at the moment, harapnya Suzuki join cepat-cepat sikit, supaya lebih meriah racing yang semakin lama sema,in bosan tu

2012 new contenders

2 lagi brand top jepun dah announce line up superbike terbaik mereka untuk 2012. Brand ittew(comel tulis macam ni? ha ha) ialah Honda dan Yamaha. Tahun ini cuma Kawasaki saje yang update ZX10R mereka tu untuk mencabar title superbike terbaik yang dipegang BMW S1000RR tu.

Honda kluarkan variasi baru 1000rr untuk 2012. Popularnya ‘rabbit’ ( nick untuk cbr-sebab rupanya yang macam rabbit) kat Malaysia ni jangan cakaplah,Superbike paling banyak rasenye menguntungkan kedai-kedai motor besar.

Cosmetic wise nampak macam takde banyak beza model 2012 ni dengan rabbit yang lepas. Perbezaan paling ketara ialah headlight baru yang tajam ke tepi..macam celak seniwati saloma dolu-dolu. kalau opinion aku…buruk…tapi nanti dulu. Dulu masa mula-mula rabbit launch, siyes takleh terima kenapa boleh wujud motor seburuk hodoh macam tu. Ape punye designer Honda ambik ni…tapi lepas beberapa bulan..makin lama rasa makin cantik…sekarang terliurr je tengok…

this...is one nice rear vieww

anyhoo…this is how the new blade looks like in HRC colours…i’m dead sure the bike would be gorgeous in race fairings.

Performance wise? ntah tak pasti..dah tanye encik google tapi nampak macam tak banyak beza, except for improved aerodynamics, new traction control system, new wheel designs.

Now, the Yamaha…

Sama jugak…cosmetics upgrade, exhaust covers and stuff.

Tapi kali ni R1 ini dilengkapi traction control canggih teknologi M1 dengan 7 mode tunggangan.

Selain itu ade variasi warna rasmi strike merah Yamaha sempena ulangtahun ke 50 Yamaha. Anda tertanya-tanya? berapa kali daa ulangtahun 50 ye dak?

ini jawapannye, yang dulu tu ulangtahun 50 years Yamaha. Kali ni ulangtahun 50 years Yamaha in GP racing.

nice colour in my humble opinion, and definitely one of the superbikes i opt to if i got the moolah to have one.

This is Yamaha racing livery colours..sweet aren't they?

sape tau mane nak carik aladdin’s genie lamp? i desperately need one of these rides..

the alluring..streetfighter 848

malu rasenye..sebagai peminat tegar motosikal kununnye dan sentiase mendambakan jenama Ducati, tapi baru harini tahu Ducati dah launch streetfighter 848!

b..ee...aa...uu...tii...fuu..llllll

sile lihat gambar yang di attach…mak aihhh…this is the definition of beauty wehh…

sebenarnye rupa sama je macam streetfighter S tu, oh oh oh…nak lari topic sekejap. Taukah anda, streetfighter S tu berharga dalam range RM160k..ye..harga sebijik rumah teres 2 tingkat di area-area bukan bandar…mahal?kite je pikir mahal…at one moment, NAZA bikes got hand on 12 unit of these streetfighters, but guess what? they’re sold out, without even arriving on Malaysia yet! haduh..kerja ape la ye yang beli tu semua? i struggle even to maintain my small cheap kapcai..

okay, back to topic…Ducati nampaknya macam mismatch kan siri enjin-enjin mereka dengan chassis model-model yang terbukti mendapat sambutan. perasan tak? hypermotard 1100. monster 1100, monster 848, hypermotard 848, streetfighter s gun aenjin 1098 dan 1198.

Basicnye chassis sama saje macam streetfighter S yang menggunakan enjin 1098 Superbike tu, tapi enjin diganti dengan superbike kelas pertengahan 848. Enjin dari superbike Ducati itu ditala semula untuk lebih mesra jalanan, tapi gerentilah, ia mesti agresif jugak…yum yum!

Rata-rata blog dan majalah oversea melaporkan sedikit je kelainan pada streetfighter 848 ini. Kecil-kecil sahaje, seperti skru tayar belakang kurang 1 dari streetfighter s. Fork berwarna gangsa berbanding putih etc etc…

848 streetfighter ini dilengkapi traction control, macam dah wajib ade pulak TC ni pada sportbike-sportbike terkini…mungkin ia lebih selamat untuk penunggang, tapi pendapat peribadi saya, macam jadi manja pulak rider-rider sekarang ni..all the dangerous thing as in overbraked, too much throttle, lean to much, wheelies etc etc are taken care by the  electronics..where’s the fun in that? (koya-cakap je lebih, bukan superbiker pun 😛 haha!)

details specs tak jumpa pulak…malam ni tk de mud sangat nak google specs..jadi layan mata dengan gambar saja la…the streetfighter came in 3 colour…Yellow, Red and Dark Black..i vote for red!

mak..i fall in love makk..let me marry this italian girl pleasee

Physically ekzos pun nampak macam sama dengan streetfighter S. jadi ringkasnya, tk de beza antara dua model ini kecuali enjin dengan sesaran yang lebih kecik…kecik kecik pun 848 twin tu bang…i myself doesn’t really sure if i can optimize that much power on open roads. Things with people in biking is they always seeks out for more power, but ask yourself, does you use all the power you already have? 🙂

streetfighter S RM160k…streetfighter 848 dalam RM120k macam tu kot? duit oh duit…come to papa….

MV AGUSTA F3

Mv agusta, dengar sahaja nama ini di telinga bikers, memang sudah terbayang motosikal-motosikal yang direka dengan sebegitu cantik. Motor-motor keluaran dan rekaan MV AGUSTA adalah hasil seni yang cukup indah. Baik model-model nakednya atau model-model sport, rekaan syarikat Itali ini memang betul-betul hebat. Itu kalau di telinga bikers lah..kalau di telinga orang biasa, akan mengimbas di ingatan ia adalah syarikat yang dibeli oleh proton, dan kemudiannya dijual semula pada harga 1usd…hehehe

mv main

the all new MV Agusta F3, subhanallah cantiknye motoooooo.....

Kini MV tampil lagi dengan model baru dalam kelas supersport, iaitu MV Agusta F3, dengan enjin 3 silinder yang betul-betul menyentap jiwa apabila mata yang menatapnya(jiwa sayalah, sekurang-kurangnya). Walaupun ini ialah model supersport, ia mewarisi rekaan abangnya, F4, cume ia lebih langsing dan nampak sangat ringan dan padat. Namun tidak pula ia terlalu kurus, dan masih nampak gagah, senang cerita, saiznya adalah cukup-cukup elok untuk sebuah jentera supersport.

mv 2

another view of this stunning bike. Keyboard saya kene ganti baru...banjir dengan air liur

Saya bukan membodek ke ape ke, tetapi kecantikan seni beroda dua ini diktiraf, apabila di motorshow EICMA di Milan, Itali menganugerahkan motosikal tercantik kepada F3 ini. F3 ini ini ialah gandingan mantap seni, fungsi dan teknologi. Paling mengujakan saya ialah system ekzos dengan 3 paip muffler yang keluar di sebelah kanan tayar belakang, cukup cantik dan ia berfungsi!bukan saja-saja.

mv3

you guys gotta admit this must have been the coolest exhaust design straight from the factory! if i were to buy this bike, i'll think 100 times to change this to aftermarkets cans!

F3 ini dikuasakan enjin 3 silinder 675cc yang meletakkannya di dalam kelas supersport. Format enjin 3 silinder ini sebenarnya telah lama digunakan dalam sejarah motosikal MV. Malah format enjin inilah yang memberikan MV banyak gelaran kejuaraan Dunia. Kini ia kembali dalam model supersport ini dengan saiz yang kompak dan sangat berkuasa. Ia adalah enjin paling langsing dan pendek di dalam kelasnya, serta menghasilkan output yang tinggi.

Sistem elektronik canggih direka untuk F3 ini, khas untuk enjin 3 silinder ini, dan terotel di kawal system ride-by-wire(tiada kabel, cuma wayar signal elektronik) dengan berbagai pilihan pemetaan untuk hantaran kuasa yang sesuai dengan pelbagai corak tunggangan, serta system traction control. Ini semua adalah ciri-ciri biasa pada superbike terkini, tetapi adalah yang pertama pada model supersport.

Chassis..tang ni paling best nak cerita ni. Sejarah MV membina motosikal, semuanya menggunakan rekaan frame yang berfungsi dengan baik dan cantik pula. Model ini tidak terkecuali, menggabungkan penggunaan plat-plat besi dan tube, hasilnya ialah chassis yang ramping dan enak dipandang mata(berapa kali dah pakai ayat ni). Memang betul-betul cantik. Chassis ini dengan mudah melangkaui kualiti rangka superbike 1000cc di pasaran(dakwa merekalah)..Rekaan rangka ini, digabungkan dengan enjin yang kecil, membolehkan F3 ini menggunakan singlesided swingarm panjang, yang dikatakan akan memberikan feedback yang bagus kepada penunggang, selain meningkatkan keupayaan cengkaman tayar.

Suspensi boleh laras sepenuhnya menggunakan system Marzocchi untuk fork hadapan dan monoshock sachs. Sistem brek depan juga menggunakan gabungan Master silinder Nissin dan Kaliper Brembo. Wahhh…air liur menitik ke atas keyboard di kala saya menaip perenggan ini.

F3 baru ini bakal menyambung sejarah kejayaan penggunaan layout enjin 3 silinder MV Agusta, dan tak keterlaluan untuk dikatakan, ia akan menjadi benchmark untuk model supersport era baru.