BUKIT PUTUS TRACKDAY!

I’ve been always scared to death about riding hard on open roads. Hence never joins the routine Awana and Bukit Tinggi/Kuala Klawang rides every weekend. The weekend routines is well known for sportbikers enthusiasts, but i just didn’t have the balls to rode hard along the twisties. The crashing factors are just too high…sands..oncoming traffics…takutttttt…

But i’ve always wanted to ride hard on open roads…something like Man TT…i’ll explain about TT later..panjang ceritanya..lets get to the main topic..

Wheelspin Motorsports are arranging and open event at Bukit Putus! The awesome twisty open roads of bukit putus will be closed to the public on 25th of september(few days only from this post date..yeahh)

The road now are seldomly used by the public, so its perfect for the event.

To get an idea how the road of bukit putus looks like, please see video of Tengku Djan Ley drifting through the course here :

Awesome right?! woohoo…and for your info, it was actually a car event, then a friend of mine requested to includes bikes session as well. Meaning…on that day, it would be like a motorsports day! 4 and 2 wheelers..in a life of a nerd(thats me)..this is called FFUUNNNNN…

So how would riding a bike hard through the course would be eh? i’m imagining something like this..and ohh…like i said earlier…this is the Man TT :

Awesomee no? I’m getting all excited now…i will be on board the NSR 150 RR that i used to compete in the MSS. On board cam is a must!

Man…the waiting is killing me 🙂

the alluring..streetfighter 848

malu rasenye..sebagai peminat tegar motosikal kununnye dan sentiase mendambakan jenama Ducati, tapi baru harini tahu Ducati dah launch streetfighter 848!

b..ee...aa...uu...tii...fuu..llllll

sile lihat gambar yang di attach…mak aihhh…this is the definition of beauty wehh…

sebenarnye rupa sama je macam streetfighter S tu, oh oh oh…nak lari topic sekejap. Taukah anda, streetfighter S tu berharga dalam range RM160k..ye..harga sebijik rumah teres 2 tingkat di area-area bukan bandar…mahal?kite je pikir mahal…at one moment, NAZA bikes got hand on 12 unit of these streetfighters, but guess what? they’re sold out, without even arriving on Malaysia yet! haduh..kerja ape la ye yang beli tu semua? i struggle even to maintain my small cheap kapcai..

okay, back to topic…Ducati nampaknya macam mismatch kan siri enjin-enjin mereka dengan chassis model-model yang terbukti mendapat sambutan. perasan tak? hypermotard 1100. monster 1100, monster 848, hypermotard 848, streetfighter s gun aenjin 1098 dan 1198.

Basicnye chassis sama saje macam streetfighter S yang menggunakan enjin 1098 Superbike tu, tapi enjin diganti dengan superbike kelas pertengahan 848. Enjin dari superbike Ducati itu ditala semula untuk lebih mesra jalanan, tapi gerentilah, ia mesti agresif jugak…yum yum!

Rata-rata blog dan majalah oversea melaporkan sedikit je kelainan pada streetfighter 848 ini. Kecil-kecil sahaje, seperti skru tayar belakang kurang 1 dari streetfighter s. Fork berwarna gangsa berbanding putih etc etc…

848 streetfighter ini dilengkapi traction control, macam dah wajib ade pulak TC ni pada sportbike-sportbike terkini…mungkin ia lebih selamat untuk penunggang, tapi pendapat peribadi saya, macam jadi manja pulak rider-rider sekarang ni..all the dangerous thing as in overbraked, too much throttle, lean to much, wheelies etc etc are taken care by the  electronics..where’s the fun in that? (koya-cakap je lebih, bukan superbiker pun 😛 haha!)

details specs tak jumpa pulak…malam ni tk de mud sangat nak google specs..jadi layan mata dengan gambar saja la…the streetfighter came in 3 colour…Yellow, Red and Dark Black..i vote for red!

mak..i fall in love makk..let me marry this italian girl pleasee

Physically ekzos pun nampak macam sama dengan streetfighter S. jadi ringkasnya, tk de beza antara dua model ini kecuali enjin dengan sesaran yang lebih kecik…kecik kecik pun 848 twin tu bang…i myself doesn’t really sure if i can optimize that much power on open roads. Things with people in biking is they always seeks out for more power, but ask yourself, does you use all the power you already have? 🙂

streetfighter S RM160k…streetfighter 848 dalam RM120k macam tu kot? duit oh duit…come to papa….

the vid peeps!

here you go!

punye la lame bertangguh, akhirnya dapat kekuatan untuk edit vid ni dan upload ke youtube! please enjoy!hehehe

i was on a friend’s modded Kriss 110, race ready. The conrod has been jacked (jack rod, if you heard this one more often, exact same thing :)) . That means it has longer strokes and more power, but gives out harsh power delivery in return. So its quite hard to ride this thing, and its my first time on the bike.

It took me about 4 laps, and ahem..2-3 close calls to familiarize with the machine. As an added challenge, the bike was on a badly wornout tyres. It didn’t really obvious in the vid, but i was actually struggling through the corners….dive into the corner too fast, and the fronts gives in. Open the throttle to much too early and the rear jumps out. Pheww..

 

But i had fun though 🙂 (sebab tk tergolek..klau tak nangis la, my race suit is spanking new 🙂 )

 

i’ll upload another vid showing my buddies dicing out with each other. tak la syok sendiri tunjuk diri sendiri jek.

 

The problem is my PC stalls a lot during video editing…the original plan is to get some nice music for the background of the vid, but i just couldn’t stand keep restarting the PC again and again.

 

till then, see ya!

ALPINESTARS SUPERTECH R

beauuutiful boots aren't they?

Sampai ke hari ini, macam masih tak percaya saya dapat pakai kasut ni. Model ini ialah high end model untuk kategori racing boots dari Alpinestars. Tak percaye? tengok je grid motoGP dan World Superbike…lebih dari separuh guna but ini…bangge sungguh rasa..haha

Saya dapat bargain masa beli but ini. Owner nak jual cepat jadi setuju dijual pada harga RM500 sahaje!…smapai arini masih terasa-rasa lagi untungnya dapat beli semurah ini. Harga baru ialah samting nearly 2k kalau tak silap.

So whats good about this boot eh?…model supertech ini ialah model terbaru. Sama seperti model-model sebelum ini, bahagian luar nampak ringkas sahaja tanpa banyak ciri perlindungan kecuali shin area plastik itu. Boot lain selalunya mempunyai pelbagai feature pada luaran.  Supertech ini direka dengan sistem perlindungan di bahagian dalamnya. Ada sarung lagi disebalik luaran yang anda nampak itu..sile rujuk gambar bawah…

The inner protection of Supertech R. Trust me they saved alots of GP rider's ankles..haha

See? protection systemnya direka supaya kaki kita tidak akan bergerak secara pulasan. kaki kita tk di reka untuk dipulas yea…kalau sudah kena habislah kene MC keje 3-4 bulan. Sakit pun toksah kata la, tulang temulang hancur kan….well, they do say racers are crazy 🙂

Sebab tu lah ada alpinestars ini untuk mngatasi ke’crazy’an itu. Kelemahan sistem perlindungan menyeluruh supertech ini ialah kelecehan memakinya. Dibandingkan dengan jenama lain yang tinggal sarung dan zip saja, atau adjustment sikit-sikit, supertech ini agak leceh..mula-mula kena ketatkan kasut dalam dulu, lepas tu baru zip luarnya dan ketatkan shin guard. Tapi selepas siap pasang, ada rasa konfiden sikit sebab memang terasa kaki tu macam robot, sebab axis-axis gerakan yang tidak diperlukan semasa perlumbaan  dah dikekang. Jalan pun terkedek-kedek macam itik..haha

Satu lagi feature yang saya suka pada supertech ini ialah rupanya yang cantik. Sinonim dengan apparel dari alpinestars yang gerenti cantik, dan mahal juga 😛

Jika anda berkira-kira nak menyambar but ini, bolehlah bajet-bajet dalam RM1500-1700 macam itu untuk sepasang set baru.  Secondhand mungkin boleh dapat dalam RM700-900. Anda takkan menyesal jika memilih but ini sebagai kelengkapan, takkan pilihan hampir separuh grid pelumba bertaraf dunia tk best kottt…

Ahem, fun it is

Ahah..pernah kah anda beli satu bende, dan kemudiannye tersangatlah seronok serta gembire sebab anda rase anda telah beli bende yang betul?

exactly what happened to me!Onboard cam ini tersgtlah cool…gile syok kami-kami ni ber trackday memikirkan segala action-action sesah kapla lutut di rakam. Semua pun bertukar menjadi Rossi, Simoncelli, Stoner…wah wah

Harga menatang ini cuma RM70 termasuk kad micro SD 4GB. Dengan harga macam tu, jgnlah harapkan performance gambar macam GOPro yang jd duit makan sebulan tu…untuk harga macam ni, video yang terhasil tu lebih dari best!

untuk memasang cam ini kat motor bukan sennaggggg…ia memerlukan kepakaran yang tinggi, menggunakan komposit-komposit bahan yang berteknologi tinggi…hasil gabungan itu semua maka berjayalah kami mount cam ini pada moto seperti di bawah…

onboard cam

fuhh...berseni tangan orang yang install camera ni..fuhh..fuhh

hahaha..betulll..tak tipu…bahan teknologi tinggi…F1 still uses duct tape to close brake cooling ducts if they cant get the discs up to working temp…world class GP teams still uses them for cracked fairings 🙂

videos will be uploaded soon…stay tuned!

MV AGUSTA F3

Mv agusta, dengar sahaja nama ini di telinga bikers, memang sudah terbayang motosikal-motosikal yang direka dengan sebegitu cantik. Motor-motor keluaran dan rekaan MV AGUSTA adalah hasil seni yang cukup indah. Baik model-model nakednya atau model-model sport, rekaan syarikat Itali ini memang betul-betul hebat. Itu kalau di telinga bikers lah..kalau di telinga orang biasa, akan mengimbas di ingatan ia adalah syarikat yang dibeli oleh proton, dan kemudiannya dijual semula pada harga 1usd…hehehe

mv main

the all new MV Agusta F3, subhanallah cantiknye motoooooo.....

Kini MV tampil lagi dengan model baru dalam kelas supersport, iaitu MV Agusta F3, dengan enjin 3 silinder yang betul-betul menyentap jiwa apabila mata yang menatapnya(jiwa sayalah, sekurang-kurangnya). Walaupun ini ialah model supersport, ia mewarisi rekaan abangnya, F4, cume ia lebih langsing dan nampak sangat ringan dan padat. Namun tidak pula ia terlalu kurus, dan masih nampak gagah, senang cerita, saiznya adalah cukup-cukup elok untuk sebuah jentera supersport.

mv 2

another view of this stunning bike. Keyboard saya kene ganti baru...banjir dengan air liur

Saya bukan membodek ke ape ke, tetapi kecantikan seni beroda dua ini diktiraf, apabila di motorshow EICMA di Milan, Itali menganugerahkan motosikal tercantik kepada F3 ini. F3 ini ini ialah gandingan mantap seni, fungsi dan teknologi. Paling mengujakan saya ialah system ekzos dengan 3 paip muffler yang keluar di sebelah kanan tayar belakang, cukup cantik dan ia berfungsi!bukan saja-saja.

mv3

you guys gotta admit this must have been the coolest exhaust design straight from the factory! if i were to buy this bike, i'll think 100 times to change this to aftermarkets cans!

F3 ini dikuasakan enjin 3 silinder 675cc yang meletakkannya di dalam kelas supersport. Format enjin 3 silinder ini sebenarnya telah lama digunakan dalam sejarah motosikal MV. Malah format enjin inilah yang memberikan MV banyak gelaran kejuaraan Dunia. Kini ia kembali dalam model supersport ini dengan saiz yang kompak dan sangat berkuasa. Ia adalah enjin paling langsing dan pendek di dalam kelasnya, serta menghasilkan output yang tinggi.

Sistem elektronik canggih direka untuk F3 ini, khas untuk enjin 3 silinder ini, dan terotel di kawal system ride-by-wire(tiada kabel, cuma wayar signal elektronik) dengan berbagai pilihan pemetaan untuk hantaran kuasa yang sesuai dengan pelbagai corak tunggangan, serta system traction control. Ini semua adalah ciri-ciri biasa pada superbike terkini, tetapi adalah yang pertama pada model supersport.

Chassis..tang ni paling best nak cerita ni. Sejarah MV membina motosikal, semuanya menggunakan rekaan frame yang berfungsi dengan baik dan cantik pula. Model ini tidak terkecuali, menggabungkan penggunaan plat-plat besi dan tube, hasilnya ialah chassis yang ramping dan enak dipandang mata(berapa kali dah pakai ayat ni). Memang betul-betul cantik. Chassis ini dengan mudah melangkaui kualiti rangka superbike 1000cc di pasaran(dakwa merekalah)..Rekaan rangka ini, digabungkan dengan enjin yang kecil, membolehkan F3 ini menggunakan singlesided swingarm panjang, yang dikatakan akan memberikan feedback yang bagus kepada penunggang, selain meningkatkan keupayaan cengkaman tayar.

Suspensi boleh laras sepenuhnya menggunakan system Marzocchi untuk fork hadapan dan monoshock sachs. Sistem brek depan juga menggunakan gabungan Master silinder Nissin dan Kaliper Brembo. Wahhh…air liur menitik ke atas keyboard di kala saya menaip perenggan ini.

F3 baru ini bakal menyambung sejarah kejayaan penggunaan layout enjin 3 silinder MV Agusta, dan tak keterlaluan untuk dikatakan, ia akan menjadi benchmark untuk model supersport era baru.

On Board Camera

Yeahh!!

Ahad ini kami ade plan nak mentarah kepala lutut di trek Elite.

Memang kenalah masanya, memandangkan sangapnya saya setelah kecewa dengan motor yang rosak masa MSS round 3 tempohari, yang juga bermakna sudah masuk 7 bulan tak bawak moto dalam trek….tuhan saje yang tau gejolak hati ini..sobsob

So..to make things interesting…saya telah menyambar sebiji camera kecik, Mini DV. Ini ropa cam tersebut

kicik, comey..just nice for an onboard cam

Cadangannye ialah untuk pasangkan camera ni pada mana-mana moto kami untuk rakam aksi-aksi tenyehan lutut. Tunggu je ahad ni nanti untuk tengok hasilnye..hoho, girang tak terkata!